Showing posts with label saling mengingati. Show all posts
Showing posts with label saling mengingati. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

lelaki-lelaki hensem yang semulajadi hensem..hehe

Assalamualaikum! ya akhi n ukthi..
hehe..lame dh x update blog..byk betul sawangnye..
arini ttbe rase nk menulis sesuatu..
actually byk je bnd nk cite..byk sgt
tp malas nk menaip tp arini de satu bnd yg membuatkan rase nk berkongsi dgn anda sme kuat sgt..
huhu..ok pasal ape ea..
ha..ce teka..ce teka..haha..
buat lawak plak..
ok..gini..maghrib td de la jmp sekumpulan lelaki2 nei..
honestly terpegun sbnrnye melihat mereka..bile bersalam 2..ya Allah..
haha..sinaran muke mereka..berseri2..sejuk mate memandang..
kalah pelakon2 korea yg ensem2 tu..ala hensem make up watpe..
laki pki mekup..ontahla..plastik..haha..cewah..
padahal dulu x sedar..minat juge cite2 korea..haha
ok berbalik pada cite lelaki2 td..
sumpah berseri2 weah..kalo ak yg laki nei bole terpegun..
apatah lagi perempuan ye x..
mungkin inilah dikatakan nur cahaya yg dikurniakan tuhan kepada hambaNya
yg sentiasa mencari keredhaan dan cinta Allah..
SubhanaAllah..
tapi..tapi..ade satu yg special psl mereka..yg membuatkan ak insaf..
malu sgt dgn dorang..
ape ea..same2 la amik pengajaran ea..
insyaAllah..
mereka semua tiada keupayaan mengeluarkan suara..
anda paham mksd sy..
bile melihat mereka gune bhs isyarat..ttbe rase malu sgt...sumpah malu..
ya Allah trase diri ni kerdil..
w'pun x de deria yg satu 2..mereka gigih..berusaha melakukan kerja2 dakwah
dakwah itu adalah tuntutan kepada semua khalifah di muka bumi nei..
mengapa kita yg sempurna sifatnya..berat nak melakukan kerja2 dakwah nei..
terase diri ini gagal melakukan tugas sebaik mgkn sbgi khalifah di dunia nei..
Astagfirullah..
muhasabah diri..
Nasir bile ko betul2 nk mengikut jalan yang ditunjukkan tuhan..
bile ko nak betul2 istiqamah dan melaksanakan semua perintahNya..
camon nasir..camon..kate nk jadi soleh..
stakat jage solat, x ckp ag nasir..camon nasir..
huhu..
sy rase mereka2 semua masih single..
perempuan2 di luar sane..jika anda berjumpa lelaki sebegini tp ade kekuranganya..
apa pilihan anda?..haha..
manusia slalu ingin mencari yang sempurna tapi lupe diri tidak sesempurna mane..
nasir ko pun same..jgn nk yg perfect jek..nk yg solehah jek
ko pun tunggang langgang..ade hati konon..huhu
baiklah..
same2 la kite ea..
InsyaAllah

Tuesday, May 10, 2011

ingatan diri..

ya allah..kdg2 ak leka dgn nikmat yg diberikanMU..
KAU turunkan dugaan x seberapa dan ak terus layu..lemah..
gelisah..lupa akan kekuasaanMU..
ak lupa untuk mohon petunjuk dariMU..
berterusan melayani perasaan sehingga sampai menyalahkan takdirMU yang telah tersurat..

Allah itu Maha Adil. Dia tidak pernah menzalimi hambaNYA. Sesungguhnya yang selalu menzalimi hambaNYA ialah diri hamba sendiri. Sebabnya hamba itu degil. Dia mahukan yang bukan haknya dan bukan miliknya. Mencintai seseorang tidak semestinya memiliki.

Thursday, September 17, 2009

Kelahiran dan Kematian..

sungguh ironinye tajuk n3 pade kali ni..
ye setiap hari pasti ade kelahiran baru di dunia ini..
dan yang pasti juge setiap hari akan ade kematian di muka bumi ini..
kita manusia tidak lari dari lumrah alam ketentuan tuhan..
KELAHIRAN
arini bersamaan 16 SEPTEMBER 2009..
adalah besday ayah ku!!..
 SELAMAT HARI JADI!!..SELAMAT HARI JADI..SELAMAT HARI JADI..
ALLAH SELAMATKAN KAMU 3X
Semoge ayah dipanjangkan umur..
dimurahkan rezeki..bahagie selalu!!..
TERIMA KASIH x terhingga kerana sanggup bersabar dengan karenah anakmu ini..
sesungguhnye anakmu ini sgt mengasihi mu..
terima kasih kerana menunaikan segale permintaan mu..
anak mu yang degil ini akan berusaha membahagiakanmu..
ini janji anakmu..
 
ayah n mak tersayang
 KEMATIAN
pada hari ini juge berlaku kematian salah seorang ahli keluarge ku..
PAK PUN!!..pakcik ku yang mempunyai hubungan bau2 bacang dgn ak
tetapi sangat rapat dgn famili ak..
arwah meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan di Tangkak, Johor..
lori yg dipandu arwah telah terbabas dan merempuh pokok..
besi yg berade di belakang lori telah tercampak ke depan 
dan menghentak kepala arwah..leher arwah patah..
arwah meninggal di tempat kejadian..
kabarnye semase memandu arwah telah kene serangan jantung yg x diduga..
arwah meninggal kan seorang isteri iaitu mak ngah na..
dan 4 org anak..kak wati, ita, ujang n ayang..
TAKZIAH di ucapkan kepade mereka..
'BERAT MATE MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL'
semoge kalian tabah menghadapi mase depan..
kuatkan semangat anda..
hidup perlu diteruskan..
yang pergi tidak akan kembali..

pemergaian arwah sgt terkesan di hati ak..
kerane mereka sgt rapat dgn keluarga kami..
w'pun hbgn kami setakat bau2 bacang..
bak kate mak ak..arwah wan limah iaitu mak kepade arwah adalah 
SATU PERUT dengan kami..kire nenek moyang kami terdahulu adalah bersaudara
atau adik beradik..
ala..camne eh nk terang..susur galur dlm adat perpatih n9..
lenkali la akn ku cite mengenai adat perpatih k..
TAKZIAH sekali lagi kepade keluarga arwah..
AL FATIHAH

 
di dalam bulatan adalah arwah pak pun..
name sebenar x tau la..
gambar diambil semase wedding kak nadia..

 

doa naik kenderaan..

 
kepada muslimin dan muslimat yang akan pulang beraya di kampung..
bacalah doa dan bykkan selawat semase memandu..
bawalah dengan berhati-hati..
bykkan bersabar semase memandu..
jgn ikutkan perasaan..
x lari kampung di kejar..
'INGATLAH ORANG TERSAYANG'
SELAMAT HARI RAYE!!..

Monday, September 7, 2009

fadilat terawikh..moge kite makin bersemangat!!

huhu..patutnye awal ag post kn n3 nei..tapi terlupe..masih belum terlambat..
smoge kite semakin semangat mengejar pahala berlipat kali ganda..

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.
23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.
24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.
26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.
30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah  segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.


sumber dari darulnuman.com